Saturday, October 20, 2012

Program Motivasi Usahawan - At AMANPURA HOTEL

 
Salam 1 Malaysia...Hari nie Warda telah di jemput oleh PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK) untuk hadir satu sesi taklimat motivasi serta pertemuan ramah mesra usahawan2 negeri Kedah di Hotel Amanpura Sungai Petani, Kedah.....Program tersebut bermula dari pukul 10.30 pagi -1.20 tghari dan penceramahnya adalah YB DATO' JOHARI ABDUL iaitu Pengerusi Jawatankuasa Usahawan....

Mula2 tu tak ramai sangat..lama kelamaan dewan dah hampir penuh maybe ada yg datang dari jauh....Bersemangat pulak nak jadi ahli perniagaan yang berjaya bila mendengar motivasi tadi...Nak buat biz ni kena ada kekuatan mental dan fizikal sebenarnya...Tak dapat di nafikan Warda pun kadang2 rasa give up nak berniaga dan pernah terfikir nak kerja makan gaji balik..macam dolu2.. hujung bulan tekan duit jer kat mesin ATM...senang kan... Ada jugak yang offer kerja ..Gaji not bad tapi bila pikir2 balik sia2 saja usaha selama ini kan...urmmmmmmm... mengeluh panjang gak kadang2 bila kita gagal dalam sesuatu...Ada jugak kawan2 yang berjaya dlm biz so mereka2 ni lah yang menjadi kan salah satu motivation serta sumber inspirasi untuk Warda bangun dan bersemangat balik...kalau mereka berjaya kenapa kita tidak???...Ada member2 yang boleh  travel ke oversea...mkn angin...Ada yg mampu beli  kereta mewah... BMW...wow!!.....Nak jugakkkkkk...nak jugakkkk....boleh jerit jer lah...bila tahun nak boleh pakai pun waallahualam.....hu..hu...

 Bagus sangat2 program ni dimana semua usahawan dapat mengenali satu sama lain dan memperluaskan networking masing2 disamping dapat combine ideal daripada usahawan yg telah success...Masa Program tadi kami telah diberi beberapa kumpulan untuk berbincangan tentang permasalahan para usahawan serta bantuan yang kami perlukan daripada pihak PKNK.  Daripada group warda nie ada 10 orang ahli perniagaan..Ada yang pengusaha coklat, membuat mee kuning, makanan frozen , menternak arnab, kedai makan, butik ...cuma warda jer berbeza sikit...menjalankan perniagaan service...yer la kontraktor pembekalan/perkhidmatan...nak buat produk tak pandai...hee..tapi apapun yg penting minat...kalau tak dak minat jangan dok gagah buat yer puan2 dan tuan2 sekelian


Perbincangan dalam berkumpulan "COMBIZ"...nama kumpulan yg group kami cipta sendiri..maksudnya combination dalam biz...al maklumlah pelbagai biz dlm group kami

Dato' Johari Abdul membuat ulasan dan komen2 peserta usahawan

Ramai inginkan kejayaan dalam bidang yang diceburikan.... Tapi tak ramai yang pandai merancang untuk nak berjaya...Motivator berpendapat bahawa "jika anda gagal merancang, anda sebenarnya sedang merancang untuk gagal" so intipati yang Warda dapat daripada program tadi kalau nak berjaya kenalah ada ciri2 seperti di bawah.....


IMEJ DIRI
Ramai orang nak jadi seorang usahawan yg berjaya tetapi imej dan sikap tak nampak pun macam seorang usahawan yang nak berjaya pun..Kita kena ingat produk pertama yang kita akan jual adalah diri kita. Pandangan pertama prospek akan menentukan sama ada dia akan jadi pelanggan kita atau tidak. Jadi ingat persediaan awal adalah bina diri kita terlebih dahulu. Contohnya kalau org tu bukak perniagaan kosmetik..mestilah kena pandai bergaya..kemas..nampak anggun baru ada keyakinan pada pelanggan..

SET MATLAMAT
Matlamat adalah sama dengan destinasi atau hala tuju kita. Klu kita tidak ada destinasi nak pergi sudah tentu kita akan sesat di tengah jalan. .. Contohnya matlamat tu nak income RM10,000  sebulan mulai 1/11/2011...nak kereta ESTIMA 3.0 warna hitam mulai 1/11/2012 ...Wah! siap ada tarikh lagi!..mempercepatkan usaha kita nak dapat benda tu..

RANCANG STRATEGI
Lebih kurang mcm nak pergi perang..kena ada strategi ..tak kan kita nak buat sesuatu tu tak dak perancangan kan.. Kadang2 kita tengok orang lain mudah jer dpt sesuatu tapi kenapa susah sgt  dpt...sebabnya tak ada strategi..pakai hentam kromo jer buat kerja

DAPATKAN SEORANG MENTOR
Mentor penting kerana kita tak dapat melihat diri kita tapi orang lain boleh lihat. ...Mentor biarlah orang yang ada kaitan dengan line kita...Mentor yang dah berjaya dalam perniagaan ...jgn ambik yg gagal pulak...a'ha...

GUNA KELEBIHAN DIRI SENDIRI
Ramai orang ada kelebihan diri tapi tak mahu gunakannya. ..Dia pandai memasak..pandai buat kek...tapi tak mahu mencuba atau memperluaskan bakat yang dianugerahkan oleh ALLAH....Ada org tu   pandai memasak..tapi buat perniagaan menjahit so hasihnya hampeh!..

PERCAYA, YAKIN DAN BERTINDAK
Akhir sekali kita  mesti percaya dan yakin dengan apa yang kita rancang dan nak buat...jangan jadi .."eh..betoi ke nak buka kedai makan nie...boleh ke buat..eh sana..eh sini...atau pun bila org tanya.."Awk buat biz apa?..ermmm nak bagitau pun malu...tak tau la boleh ke dak apa yang saya buat ni....dok tak tau sedia kan...tu dah jadi kurang keyakinan dan tak percaya dgn apa yg kita buat.

Selesai program para usahawan beransur ke dewan makan untuk lunch time

Makanan sedap2 dan kenyang....Alhamdulilah.....berselera makan....haa...Harap2 tu pihak PKNK jgn lupa yer  jemput ai lagi....

Harapan dan impian Warda semoga dapat menjadi TOPSTAR BIZ ... dan ingin menjadi Ahli Perniagaan Bumiputera yang berjaya suatu hari nanti......Insyaallah!!!!
 



No comments:

Post a Comment