Monday, October 29, 2012

SIPUT BABI punya angkara!!!

Malam nie saja lar warda belek pokok2 halaman rumah tengok2 ...anak2, mak..pak SIPUT BABI punya larrr banyak ..geli geleman lar pulak tgk...Makhluk perosak nie ntah dari mana datangnya pun tak tau...Kat celah2 pokok bunga ada, celah2 batu dan tepi pagar umah pun ada. Ada yg panjat batang pokok...dalam pasu bunga...mak aiiihhh abis lah pokok2 warda..hu!hu!

See anak2 benda alah nie punya lar byk...
 
  Apsal pic terbalik....sowy tak blh nak rotate...

Aisshh penat jer tanam pokok2 bunga..makhluk perosak tu senang lenang jer mkn...penat tau tanam.. siap beli lagi kat nursery...xpa2..tunggu kauuuu wahai SIPUT BABI..

Petua org tua2 nak bagi siput babi tu mati tabur garam kasar... so bergegas lar warda ke dapur ..apa lagi operasi membunuh makhluk perosak pun bermula hampir 1 jam.....tabur abis kat siput babi tu..yess!! mati jugak akhirnya...

Kalau  biarkan siput babi nie penat ja warda  tanam pokok2 tu... Last2 nanti jadi makanan puak2 tu ... Ibarat macam jadi penternak siput babi larr pulak....hurmmm ....malam sok nak check lagi...tak puas hati..takut ada lagi benda alah nie...

Ni salah satu pokok kegemaran makhluk tuh!

Abis jadi makanan mereka2 ..nampak batang jer... 

Banyak sang siput babi kat area2 tu....



Warda ni kalau nak tinggal rumah benda yg paling susah ati adalah sayang nak tinggal pokok2...takut mati sebab tak siram...kalau org lain susah ati nak tinggal binatang belaan kan....tak dak org nak kasi makan..

Moral of the story, sayangi pokok sebagaimana kita sayang kat kereta kita..




Friday, October 26, 2012

Eid Al ADHa 2012

26/10/2012 alhamdulillah ...sekali lagi dgn izin Allah kita dapat menyambut Hari Raya Aidil Adha atau di kenali sebagai Hari Raya Korban....Marilah kita sama2 panjatkan  kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan hidayahnya dapat kita raikan dgn penuh keberkatan yer....Bagi yang mampu dapatlah menunaikan Haji di Makkah...Yang tak mampu tu...beraya di Malaysia jer larrr....

Macam biasa larr nak story mory lah sambutan raya korban ....Tahun ni abg yg ke 2 n kakak ke 2 jer yg balik rumah pun..yg lain tak dapat balik memandangkan cuti raya tak lama..So preparation pun ala kadar ..Mak masak rendang...ketupat lak main order jer...Apapun yg penting hari tu dapat salam bersalaman..bermaafan sekali lagi setelah kita melakukan dosa yg telah kita buat after raya puasa hari tu kan..he3.. ada ke patut cakap camtu...ishhh..ishhh...

 Selepas sembahyang raya...kami terus ziarah kubur arwah ayah..yg tu dah menjadi kewajipan Warda tiap kali raya..Masuk raya tahun ni means dah 2 kali raya tanpa ayahanda tercinta....first raya puasa...second raya haji...Rindunya kat arwah ayah sgt2....


Selepas selesai ziarah kubur, kami pergi menziarahi rumah saudara mara ,adik beradik sebelah emak..Insyaallah sok akan beraya di rumah saudara mara sebelah arwah ayh pulak...So sepanjang beraya makan jer lah khojanya....asyik 'ngap' jerr pantang nampak makanan....habis laar diet ku...hu..hu...
Perjalanan Warda hari nie menghala ke Butterworth bermula dari Sungai Petani ke Permatang Rambai....kemudian Layar Yooi dan last sekali ke Kubang Semang , Bukit Mertajam. 

Anak2 dara posing di hari raya
 Abg Warda with puteri2nya....

  Suasana hari raya di kampung..pose kat pokok ubi kayu...geram tgk subur2 betoi ehh pokok ni

 
Warda & abg ..muka ada sama tak??? hee

 3 biji rumah jer dari pagi sampai ke petang sempat kami beraya..al maklumlah, kazen2 kan..so sesekali bila terjumpa , dok sakan berborak sampai tak ingat time nak balik...

Apapun Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan dapat sambut secara sederhana....InsyaAllah harap2 suatu hari nanti dapat juga  Warda pergi menunaikan Haji dan Umrah ...amin ....... .Akhir kata SELAMAT HARI RAYA KORBAN buat semua yer :-)

BERKORBAN APA SAJA...
HARTA ATAUPUN NYAWA...
ITULAH KASIH MESRA...
SEJATI DAN MULIA...





Saturday, October 20, 2012

Program Motivasi Usahawan - At AMANPURA HOTEL

 
Salam 1 Malaysia...Hari nie Warda telah di jemput oleh PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK) untuk hadir satu sesi taklimat motivasi serta pertemuan ramah mesra usahawan2 negeri Kedah di Hotel Amanpura Sungai Petani, Kedah.....Program tersebut bermula dari pukul 10.30 pagi -1.20 tghari dan penceramahnya adalah YB DATO' JOHARI ABDUL iaitu Pengerusi Jawatankuasa Usahawan....

Mula2 tu tak ramai sangat..lama kelamaan dewan dah hampir penuh maybe ada yg datang dari jauh....Bersemangat pulak nak jadi ahli perniagaan yang berjaya bila mendengar motivasi tadi...Nak buat biz ni kena ada kekuatan mental dan fizikal sebenarnya...Tak dapat di nafikan Warda pun kadang2 rasa give up nak berniaga dan pernah terfikir nak kerja makan gaji balik..macam dolu2.. hujung bulan tekan duit jer kat mesin ATM...senang kan... Ada jugak yang offer kerja ..Gaji not bad tapi bila pikir2 balik sia2 saja usaha selama ini kan...urmmmmmmm... mengeluh panjang gak kadang2 bila kita gagal dalam sesuatu...Ada jugak kawan2 yang berjaya dlm biz so mereka2 ni lah yang menjadi kan salah satu motivation serta sumber inspirasi untuk Warda bangun dan bersemangat balik...kalau mereka berjaya kenapa kita tidak???...Ada member2 yang boleh  travel ke oversea...mkn angin...Ada yg mampu beli  kereta mewah... BMW...wow!!.....Nak jugakkkkkk...nak jugakkkk....boleh jerit jer lah...bila tahun nak boleh pakai pun waallahualam.....hu..hu...

 Bagus sangat2 program ni dimana semua usahawan dapat mengenali satu sama lain dan memperluaskan networking masing2 disamping dapat combine ideal daripada usahawan yg telah success...Masa Program tadi kami telah diberi beberapa kumpulan untuk berbincangan tentang permasalahan para usahawan serta bantuan yang kami perlukan daripada pihak PKNK.  Daripada group warda nie ada 10 orang ahli perniagaan..Ada yang pengusaha coklat, membuat mee kuning, makanan frozen , menternak arnab, kedai makan, butik ...cuma warda jer berbeza sikit...menjalankan perniagaan service...yer la kontraktor pembekalan/perkhidmatan...nak buat produk tak pandai...hee..tapi apapun yg penting minat...kalau tak dak minat jangan dok gagah buat yer puan2 dan tuan2 sekelian


Perbincangan dalam berkumpulan "COMBIZ"...nama kumpulan yg group kami cipta sendiri..maksudnya combination dalam biz...al maklumlah pelbagai biz dlm group kami

Dato' Johari Abdul membuat ulasan dan komen2 peserta usahawan

Ramai inginkan kejayaan dalam bidang yang diceburikan.... Tapi tak ramai yang pandai merancang untuk nak berjaya...Motivator berpendapat bahawa "jika anda gagal merancang, anda sebenarnya sedang merancang untuk gagal" so intipati yang Warda dapat daripada program tadi kalau nak berjaya kenalah ada ciri2 seperti di bawah.....


IMEJ DIRI
Ramai orang nak jadi seorang usahawan yg berjaya tetapi imej dan sikap tak nampak pun macam seorang usahawan yang nak berjaya pun..Kita kena ingat produk pertama yang kita akan jual adalah diri kita. Pandangan pertama prospek akan menentukan sama ada dia akan jadi pelanggan kita atau tidak. Jadi ingat persediaan awal adalah bina diri kita terlebih dahulu. Contohnya kalau org tu bukak perniagaan kosmetik..mestilah kena pandai bergaya..kemas..nampak anggun baru ada keyakinan pada pelanggan..

SET MATLAMAT
Matlamat adalah sama dengan destinasi atau hala tuju kita. Klu kita tidak ada destinasi nak pergi sudah tentu kita akan sesat di tengah jalan. .. Contohnya matlamat tu nak income RM10,000  sebulan mulai 1/11/2011...nak kereta ESTIMA 3.0 warna hitam mulai 1/11/2012 ...Wah! siap ada tarikh lagi!..mempercepatkan usaha kita nak dapat benda tu..

RANCANG STRATEGI
Lebih kurang mcm nak pergi perang..kena ada strategi ..tak kan kita nak buat sesuatu tu tak dak perancangan kan.. Kadang2 kita tengok orang lain mudah jer dpt sesuatu tapi kenapa susah sgt  dpt...sebabnya tak ada strategi..pakai hentam kromo jer buat kerja

DAPATKAN SEORANG MENTOR
Mentor penting kerana kita tak dapat melihat diri kita tapi orang lain boleh lihat. ...Mentor biarlah orang yang ada kaitan dengan line kita...Mentor yang dah berjaya dalam perniagaan ...jgn ambik yg gagal pulak...a'ha...

GUNA KELEBIHAN DIRI SENDIRI
Ramai orang ada kelebihan diri tapi tak mahu gunakannya. ..Dia pandai memasak..pandai buat kek...tapi tak mahu mencuba atau memperluaskan bakat yang dianugerahkan oleh ALLAH....Ada org tu   pandai memasak..tapi buat perniagaan menjahit so hasihnya hampeh!..

PERCAYA, YAKIN DAN BERTINDAK
Akhir sekali kita  mesti percaya dan yakin dengan apa yang kita rancang dan nak buat...jangan jadi .."eh..betoi ke nak buka kedai makan nie...boleh ke buat..eh sana..eh sini...atau pun bila org tanya.."Awk buat biz apa?..ermmm nak bagitau pun malu...tak tau la boleh ke dak apa yang saya buat ni....dok tak tau sedia kan...tu dah jadi kurang keyakinan dan tak percaya dgn apa yg kita buat.

Selesai program para usahawan beransur ke dewan makan untuk lunch time

Makanan sedap2 dan kenyang....Alhamdulilah.....berselera makan....haa...Harap2 tu pihak PKNK jgn lupa yer  jemput ai lagi....

Harapan dan impian Warda semoga dapat menjadi TOPSTAR BIZ ... dan ingin menjadi Ahli Perniagaan Bumiputera yang berjaya suatu hari nanti......Insyaallah!!!!
 



Friday, October 19, 2012

Demi DIET ATKINS!!....

Lama tak karang ceta....dah rasa tak pandai pulak...Nak start balik b'blog jadi kekok..a'hak!.. Let's me try wokeh...
DIET ATKINS la konon...yg jadi sasaran n mangsa adalah mak warda...Sian pulak ..masak nasi, lauk semua tak abis...ada setengah tu buang camtu jer..yer la kan mak sorang jer nak makan mana mampu,,..anaknya bersemangat nak DIET!..Maaf yer mak..hu..hu..
Ceta sikit apa makna DIET ATKINS nie... Diperkenalkan oleh Dr. Robect C. ...Diet Atkins bagi membantu seseorg individu mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan makan nasi,mi, kentang, gula, roti maka akan mula membakar lemak sebagai bahan api dan ini bermaksud berat badan anda akan mula susut...wow!!....mampu kah ai buat cam tu??....50-50....urmmmm

 
No NASI!!...


 Ratah lauk jer ...

Plan DIET ATKINS ni tak perlu makan nasi dlm tempoh 2 week..depand lar kpd individu tu kalau dia mampu nak terus kan 1 month..go on jer...tapi yg mana tak tahan daulat 2 week pun dah memadai but WAJIB berdisplin. Ikut menu yg di cadangkan....klu iman tak kuat ...maknanya sia2 saja dietnya....so tepuk dada tanya selera masing2 k....
Dalam tempoh pantang larang 2 week nie...Warda asyik meratah jer...tak kira siang mlm pagi petang....ratah dan terus meratah lauk2 n sayur2.....Warda dah pesan kat mak dlm tempoh tu mak tak payah masak...nak mkn apa bgtau nanti Warda pergi beli...masak pun membazir jer kan tapi rasa mak macam tak selesa coz timing makan dah lari...waktu b/fast mak terpaksa mkn yg heavy sbb lunch tak masak dah....dinner tunggu warda balik kerja baru beli something....
So hari nie punya story.. al-maklumlah warda tak pegi opis..relax jer kat rumah ...so apa lagi perut berdendang sayang....kuatkan semangat! kuatkan semangat!...nak cantek kan...hee...YESSSS!

BREAKFAST

TELUR REBUS 2 BIJI
KEJU 2 KEPING
AIR SUAM 2 GLASS
Total : 3.0 gram carb

LUNCH
SUP SAYUR
AYAM GORENG 2 KETUL
TELUR GORENG 1 BIJI 
Total : 4.0 gram carb

DINNER
SUP AYAM
IKAN BAKAR 2 EKOR 
TELUR GORENG 1 BIJI
Total :3.5 gram carb

TOTAL AMOUNT: 10.5 gram card

Ada balance...boleh tambah makan lagi...Had hanya lah 20 gram carb sehari...jgn lebih!. Menunya tak lah memberi tekanan sangat ..bukan diet melampau.....rasa2 masih boleh di amalkan....Nak tahu detail boleh google yer...After tempoh tu boleh mkn macam biasa tapi kena kurangkan makanan yg berkarbohidrat jugak....Ada yang kata kalau kita dah start program ni ..automatik kita dah tak berapa nak lalu mkn nasi
Anyway kita tgk after 2 week..scale dah menurun , maintain atau terlebih! kalau terlebih cam na tu....he..
Sebenarnya  exercise routines.. workout planning kena ada jugak...tapi kes Warda nie tak ada masa nak buat semua tu...balik kerja pun tak menentu..asyik lewat jer.....cuma sempat b' exercise buat kerja2 rumah jer lah ....basuh kereta...gardening...sapu sampah...mop lantai....kira workout jugak kan... on pesbuk??..peluh setitik pun tak keluar...lagi menambah berat badan ada larrr.....^◕‿◕^.




Thursday, October 18, 2012

TAMAN ANGGUR PERLIS!!

Actually ceta nie dah lama pun...cuma tak sempat nak buat entry...buzy memanjangggggg ..tetiba windu nak aktif balik blog ....so memory yg sweet nie WAJIB kena ada dlm WARDA DIARIES.....
Al kisahnya....Abg warda yg jadi driver...bawa kakak ipar n ank2 buah dan termasuklah adiknya sekali ( ai la nak mengekoq)..a'hak!  mkn angin di Perlis.. so apa lagi terjah TAMAN ANGGUR....Mula2 tu sesat jugak..tanya punya tanya org , alhamdulillah...jumpa jugak akhirnya...Apa lagi meloncat sakan...JAKUN  katakan... wahhhhh!!! geram tengok buah anggur tue....
Seronok bukan kepalang... mmg rasa mcm kat obersea ai tell u alls....buah betul2 atas kepala..... hu,,hu 
Ada bermcm jenis anggur yg ditanam.. yg best sebab kebanyakannya seedless...Zazz sila layan pic.....


 


 
 Singgah Ladang Mangga pulak....apa lagi pulut mangga laa!!!

Kalau nak pergi  ladang nie ianya terletak di JALAN LAPANG SASAR BUKIT AYER,BATU PAHAT PERLIS yer..... dibuka dari pukul 9pg-6ptg...
harga tiket pun sgt murah, dewasa-rm3, kanak2-rm1.
apa lagi, pergi terjah lekass..!!!



* Bila pulak boleh pergi lagi yer..:-(





BLOG ini akan kembali aktif !!!!

Assalamualaikum....

Lama sungguh tak ber BLOG....

Sibuk mencari rezeki dan kerja yang bertimbun -timbun....

Dan sekarang.........

BLOG ini akan kembali aktif balik yer..........^-^